MalaysiaSetempat

Menteri ucap takziah kematian Komandan JAM

Putrajaya: “Saya menerima berita duka mengenai kematian seorang Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, Ahmad Zaki Mahbar selepas pengsan ketika sedang membantu mangsa banjir, hari ini.”

Menerusi ciapan di Twitternya semalam, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, beliau dimaklumkan Allahyarham turun menyertai Ops Banjir di Bukit Changang, Banting, Selangor bersama sukarelawan dari Johor.https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.494.0_en.html#goog_1918763476

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, jenazah arwah diuruskan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan disolatkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 selepas solat Isyak.

“Semoga Allah SWT memberi segala amal kebajikan dilakukan,

menganjarkan rahmat ke atas Allahyarham dan menempatkan bersama-sama golongan yang beriman,” katanya.

Menurut sumber, arwah pitam ketika bertugas dan dibawa ke Hospital Banting untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Source
Harian Metro
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close