JenayahWorld

PBB ‘ngeri’ dengan laporan serangan dan pembunuhan 35 orang awam di Myanmar

Griffiths berkata, dua pekerja kemanusiaan Save the Children yang terlibat dalam serangan ke atas kenderaan mereka yang dibakar masih hilang. – Reuters.

GENEVA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Martin Griffiths pada Ahad berkata beliau “ngeri” dengan laporan mengenai serangan ke atas orang awam di Myanmar yang mengakibatkan 35 orang terbunuh.

Griffiths merujuk kepada insiden yang dilaporkan berlaku pada 24 Disember di timur negeri Kayah, lapor agensi Anadolu.

“Laporan yang boleh dipercayai mengatakan sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak, dipaksa keluar dari kenderaan mereka, dibunuh dan dibakar,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya mengutuk insiden yang menyedihkan ini dan semua serangan terhadap orang awam di seluruh negara itu, yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Griffiths berkata, dua pekerja kemanusiaan Save the Children yang terlibat dalam serangan ke atas kenderaan mereka yang dibakar masih hilang.

Beliau menggesa pihak berkuasa Myanmar segera melancarkan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kejadian itu supaya pelaku boleh dibawa ke muka pengadilan.

“Selain itu, saya menyeru Angkatan Bersenjata Myanmar dan semua kumpulan bersenjata di Myanmar mengambil segala langkah perlu untuk melindungi orang awam daripada bahaya,” kata Griffiths.Beliau berkata berjuta-juta orang di Myanmar masih sangat memerlukan sokongan kemanusiaan.

Tentera Myanmar atau dikenali sebagai Tatmadaw, melancarkan rampasan kuasa tentera pada 1 Feb dan menahan kepimpinan Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) yang diketuai pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi, yang awal bulan ini dijatuhi hukuman penjara empat tahun.Lebih 1,000 orang terbunuh manakala lebih 5,400 yang lain ditangkap oleh pasukan junta dan kebanyakannya telah dibebaskan.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close