Covid-19World

Singapura sesuaikan pengurusan Omicron berdasarkan maklumat yang dikemaskini


SINGAPURA:
Berikutan bukti antarabangsa menunjukkan varian Omicron COVID-19 berkemungkinan lebih mudah berjangkit tetapi kurang teruk berbanding varian Delta, dan vaksin terutama penggalak membantu melindungi dan mengurangkan kemasukan ke hospital, Singapura akan menyesuaikan pendekatannya dalam menguruskan penularan Omicron.

Selaras dengan maklumat terkini mengenai varian itu, mulai 1 Feb 2020, Kementerian Kesihatan republik itu akan menetapkan vaksinasi sebagai syarat untuk kelulusan permohonan baharu, pembaharuan pas jangka panjang, pas kerja dan penduduk tetap sedia ada.

Penyesuaian lain termasuk pembatalan sekatan perjalanan dari Bostwana, Eswatini, Ghana, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Nigeria, Afrika Selatan dan Zimbabwe berkuat kuasa Isnin (27 Dis).

Setakat 25 Dis, Singapura mengesan 546 kes Omicron yang disahkan dengan 443 kes import dan 103 kes tempatan.

“Minggu lepas, kami mengesan 13 kes Omicron komuniti yang tidak berkait dan 78 kes Omicron daripada penularan komuniti tempatan,” kata MOH dalam satu kenyataan lewat Ahad sambil menambah bahawa varian Omicron kini dikesan di lebih 110 negara, terutamanya di Afrika dan Eropah.

Pemantauan semasa daripada negara atau wilayah yang terjejas menunjukkan ketika ini varian Omicron lebih mudah menjangkiti berbanding varian lain dan mengatasi varian Delta sebagai varian utama di banyak negara, seperti United Kingdom dan Denmark.

Bagaimanapun, kementerian menyatakan data yang ada setakat ini menunjukkan bahawa jangkitan Omicron kurang risiko untuk kemasukan ke hospital dan penyakit teruk berbanding jangkitan Delta.

Di peringkat tempatan, kementerian itu berkata kes Omicron negara setakat ini tidak terlalu teruk, dengan tiada kes memerlukan penjagaan rapi atau bantuan oksigen, sebahagiannya mungkin disebabkan kebanyakan kes sudah divaksin sepenuhnya dan pesakit daripada kumpulan umur yang lebih muda.

“Anggaran awal daripada kajian luar negara juga menunjukkan bahawa dua dos vaksin mRNA mengurangkan kira-kira 35 peratus risiko jangkitan Omicron yang bergejala, tambah kenyataan itu.

“Risiko dikurangkan lagi kepada kira-kira 75 peratus lebih rendah bagi individu yang menerima vaksin mRNA primer dan penggalak,” kata kementerian itu, sambil menambah bahawa statistik itu merujuk kepada perlindungan terhadap jangkitan bergejala.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close