MalaysiaSetempat

ATM buat pembelian kecemasan 55 enjin bot

KUALA LUMPUR: Pembelian kecemasan 55 unit enjin bot jenis Outboard Motors (OBM) atau enjin bot oleh Kementerian Pertahanan akan mengukuhkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, melalui hantaran di Facebook berkata, enjin bot itu juga akan digunakan bagi meningkatkan keupayaan operasi di kawasan yang masih berdepan dengan banjir.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto BERNAMA
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – Foto BERNAMA

“Semua 55 unit enjin bot baru itu sudah sampai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ATM bagi meningkatkan keupayaan operasi, memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan yang banjirnya masih belum surut.

“Pembelian itu juga dibuat bagi menampung penggunaan enjin bot sedia ada ATM yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda,” katanya.https://8af003ba2c7cd96a8b6cc58483c6f70c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Hishamuddin dalam kenyataan media Ahad lalu berkata, Kementerian Kewangan meluluskan pembelian kecemasan itu untuk kegunaan ATM.

“Saya menerima laporan berhubung situasi yang mana bot ATM terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan yang terjejas.

“Susulan itu, MINDEF berhubung secara terus dengan Kementerian Kewangan bagi membuat pembelian kecemasan 55 unit mesin bot itu dan Alhamdulillah, permohonan ini diluluskan,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close