Setempat

Bantu baiki barangan elektrik mangsa banjir

KALA LUMPUR: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menubuhkan pasukan khas untuk mengurangkan pelupusan barangan kelengkapan rumah, khususnya peralatan elektrik yang terjejas banjir.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mokhtar, berkata SWCorp sentiasa menekankan konsep pengurusan sisa pepejal berteraskan prinsip 3R iaitu ‘kurangkan, guna semula, kitar semula’.

Bagaimanapun, katanya, kebanyakan mangsa banjir dilihat lebih cenderung untuk melupuskan barangan elektrik yang ditenggelami air kerana beranggapan bahawa ia rosak dan tidak boleh dipakai.

“Kita cuba untuk kurangkan sampah atau barangan yang hendak dilupuskan dalam operasi pasca banjir dan ini dibuat menerusi konsep 3R.

“Kebanyakan sampah, terutama barangan elektrik dilihat dibuang atau dilupuskan, tetapi sebenarnya ia

tidak rosak dan berkemungkinan hanya diselaputi lumpur serta terkena air.

“Disebabkan gagal berfungsi, lazimnya peralatan sebegini akan dibuang dan kebanyakan mangsa banjir berkemungkinan tidak tahu bagaimana untuk bersihkan atau menghidupkan kembali barangan elektrik mereka.

“Menyedari hakikat ini, SWCorp sebagai menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR), menubuhkan satu pasukan yang terdiri daripada jurutera untuk pergi dari rumah ke rumah, memeriksa barangan elektrik mangsa banjir dan cuba untuk pulihkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Sejak ditubuhkan semalam, Ismail berkata, pasukan khas berkenaan berjaya memulihkan lima hingga enam peralatan elektrik di kawasan penduduk yang terjejas dengan banjir, 19 Disember lalu.

Jelasnya, pasukan itu hanya memerlukan beberapa peralatan bagi menjalankan operasi seperti penyembur air bertekanan tinggi, penyedut hampagas dan pengering.

“Kita hanya perlukan peralatan sebegini untuk bersihkan pangkalan utama litar barangan elektrik berkenaan dan Alhamdulillah, ia dapat digunakan semula.

“Justeru, barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, penyedut hampagas dan pendingin hawa yang mungkin terjejas atau terkena air banjir tidak perlu dilupuskan.

“Kita nak cuba kurangkan sampah yang perlu dibuang. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dalam membantu menjayakan usaha ini juga boleh tampil menawarkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close