#kitajagakitaMalaysiaSetempat

Pascabanjir: Terengganu sedia hulur bantuan kepada negeri terjejas

Sumbangan berbentuk barangan keperluan termasuk pek keceriaan untuk kanak-kanak turut disalurkan. – Astro AWANI

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu bersedia menggembeling tenaga sukarelawan negeri itu untuk membantu misi pascabanjir di negeri terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata setakat ini dua misi bantuan membantu mangsa banjir telah digerakkan ke negeri Pahang.

Katanya sekiranya khidmat sukarelawan masih diperlukan dan tiada kekangan dari negeri Terengganu, pihaknya akan terus membantu.

“Kita tidak menolak untuk mengadakan untuk kali yang seterusnya jika keadaan masih memerlukan dan banjir masih lagi berlaku dan dalam masa sama tempat kita tidak ada masalah yang besar maka ada kemungkinan kita akan adakan siri yang berikutnya,” katanya.

Beliau berkata setakat ini pihaknya memfokuskan bantuan ke negeri Pahang namun pihaknya juga akan melihat keperluan dari negeri lain yang turut terjejas sekiranya diperlukan.

Pada Selasa lebih 600 sukarelawan termasuk daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat menyertai misi bantuan selama tiga hari sehingga Khamis ini.

Wan Sukairi berkata misi anjuran Kerajaan Negeri Terengganu itu memfokuskan kawasan Temerloh dan Mentakab di Pahang.

Jelasnya selain memfokuskan kerja pembersihan rumah mangsa yang terjejas, sumbangan berbentuk barangan keperluan termasuk pek keceriaan untuk kanak-kanak turut disalurkan.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close