Sport

Arsenal pasukan lebih baik – Guardiola

LONDON: Pep Guardiola mengakui Arsenal pasukan lebih baik walaupun Manchester City kendaliannya menang 2-1 di Emirates pada aksi Tahun Baru.

City melebarkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris kepada 11 mata selepas jaringan masa kecederaan Rodri memberikan kemenangan ke-11 berturut-turut buat mere

Bagaimanapun tiga mata itu hasil keputusan kontroversi pengadil Stuart Attwell yang tidak memberikan penalti kepada Arsenal selepas Ederson mengasari Martin Odegaard, tetapi kemudian mudah memberikan penalti kepada City apabila Granit Xhaka menjatuhkan Bernardo Silva.

Penjaga gol Manchester City, Ederson menyelamatkan gawang dari dibolosi pemain Arsenal, Martin Odegaard. - Foto AFP
Penjaga gol Manchester City, Ederson menyelamatkan gawang dari dibolosi pemain Arsenal, Martin Odegaard. – Foto AFP

Riyad Mahrez menjaringkan gol penyamaan selepas Bukayo Saka membuka jaringan untuk Arsenal, dan kemudian mengumpan bola untuk gol Rodri.

“Mereka (Arsenal) lebih baik. Kami berdepan pasukan yang sejak beberapa tahun lalu bergelut memburu tempat dalam kelompok empat teratas dan memulakan tahun ini dari bawah.

“Mereka kini dalam kelompok empat teratas dan mempunyai tempoh enam atau tujuh hari selepas aksi Norwich, kami mempunyai dua setengah hari dari Brentford kembali Manchester dan datang semula.

“Kami tidak cukup tenaga, sebab itu kami cuba meletakkan seorang lagi di bahagian tengah untuk mengawal. Kemenangan di Emirates ke atas Arsenal pada prestasi sekarang amat bermakna. Kini kami boleh berehat,” kata Guardiola. – AGENSI

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close