Setempat

15 dipindahkan di Banting kampung dinaiki air

SHAH ALAM: Enam keluarga membabitkan 15 individu berpindah selepas kawasan rumah mereka di Kampung Sungai Nangka, Banting dinaiki air susulan hujan berterusan serta air pasang besar yang bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 malam memaklumkan kawasan kampung berkenaan dinaiki air sehingga ke paras 0.6 meter (dua kaki).

“Setakat ini (10.30 malam) terdapat enam keluarga terbabit membabitkan 15 mangsa iaitu 13 dewasa termasuk tiga warga emas dan tiga lagi adalah kanak-kanak.

“Ada mangsa yang berpindah ke Dewan Sri Langat dan ada yang memilih untuk ke rumah saudara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hampir keseluruhan kawasan kampung berkenaan dinaiki air dipercayai berpunca daripada hujan yang berterusan serta air pasang besar.

“Paras air juga dilihat menunjukkan trend peningkatan dan penduduk sedang disarankan untuk berpindah.

“Kita akan terus melakukan pemantauan di kawasan ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia bakal berdepan dengan fenomena air pasang besar bermula 2 hingga 5 Januari 2022.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), antara negeri berisiko termasuk Selangor, khususnya di Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Fenomena air pasang besar kali ini bagaimanapun dijangka berskala lebih kecil berbanding fenomena sama yang melanda November lepas bagaimanapun, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close