Malaysia

28,287 mangsa banjir sudah terima BWI – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 28,287 mangsa banjir sudah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Sehingga jam 12 tengahari, seramai 28,287 mangsa bencana banjir telah menerima bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” katanya dalam Twitter rasmi beliau hari ini.

Semalam Ismail Sabri berkata, BWI yang diberikan kepada mangsa banjir kali ini paling cepat dalam sejarah.

Ia kerana dalam tempoh 10 hari selepas bencana banjir berlaku beberapa negeri seperti Melaka sudah menjelaskan bantuan tersebut kepada mangsa terlibat.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan lima insentif pemberian tunai disediakan oleh kerajaan yang keseluruhannya mencecah RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR), malah mencapai sehingga RM61,000 bagi individu alami kemusnahan rumah. – MalaysiaGazette

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close