JenayahMalaysia

Wartawan ditemui meninggal dunia dalam kereta

Wartawan akhbar Sin Chew Daily, Ng Eng Boon, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di dalam kereta miliknya yang diletakkan di depan sebuah pasar raya di Alor Setar.

ALOR SETAR: Seorang wartawan akhbar Cina ditemui meninggal dunia dalam kereta miliknya di depan sebuah pasar raya di bandaraya ini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikenal pasti wartawan akhbar Sin Chew Daily, Ng Eng Boon, 44, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam di dalam kereta miliknya yang diletakkan di depan pasar raya terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 4.07 pagi mengatakan terdapat seorang individu tidak sedarkan diri dalam kenderaannya

Kenderaan mendiang Ng Eng Boon yang diletakkan di depan pasar raya  di mana dia ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam.Kenderaan mendiang Ng Eng Boon yang diletakkan di depan pasar raya di mana dia ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam.Katanya, ketika kejadian, enjin kereta masih hidup.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close