
Dr Noor Hisham berkata, setakat semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,270 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,773,156.Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di laman Twitter, sebentar tadi.Katanya, perincian lanjut berhubung kes COVID-19 akan dimuatnaik di laman COVIDNOW.

Setakat semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik adalah kepada 31,591 orang.