JenayahMalaysia

Penganggur warga Thailand didakwa bunuh adik

Masofi Masae dikawal oleh anggota polis semasa tiba di Mahkamah Majistret Tanah Merah. – Gambar Astro AWANI


TANAH MERAH:
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Tanah Merah, hari ini atas pertuduhan membunuh adiknya di Kampung Melayu Sungai Rual, Jeli bulan lalu.

Tertuduh yang juga warga Thailand, Masofi Masae, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh Ma-Udeng Masae, 30, di sebuah rumah di Kampung Melayu Sungai Rual, Jeli, pukul 1.30 pagi pada 29 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nazuha dalam pendakwaan memohon tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dirujuk ke hospital berkenaan dan menetapkan 30 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Source
Astro Awani
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close