SetempatWorld

Tunjuk perasaan antikerajaan Kazakhstan semakin memburuk

Tunjuk perasaan antikerajaan Kazakhstan semakin memburuk

PROTES antikerajaan di Kazakhstan semakin memburuk dengan penunjuk perasaan pada Rabu menyerbu kawasan lapangan terbang di Almaty, menyebabkan ratusan kakitangan melarikan diri.

Protes tercetus gara-gara kenaikan harga minyak, disusuli isu politik.

Presiden Kassym-Jomart Tokayev mendakwa, protes didalangi kumpulan pengganas yang dilatih pihak asing.

Bagaimanapun, pemerhati dan pakar politik Kate Mallinson menegaskan, protes mendedahkan kemarahan lampau rakyat terhadap pentadbiran.

Ia susulan kegagalan pentadbiran memodenkan negara berkenaan dan memperkenalkan reformasi yang memberi kesan kepada rakyat di pelbagai peringkat.

Setakat Rabu, Presiden telah menguatkuasakan arahan darurat dan perintah berkurung.

Kerajaan juga melarang perhimpunan besar-besaran.Pada Rabu, Tokayez menerima peletakan jawatan kabinetnya, susulan desakan daripada penunjuk perasaan.

Source
ASTRO AWANI
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close