World

7-Eleven di China didenda kerana labelkan Taiwan sebagai negara

Beijing sering memberi tekanan ke atas sebarang bentuk maklumat yang ‘mencemar’ kedaulatan negara China. – Gambar fail

BEIJING: Peruncit dari Jepun, Seven & i Holdings Co yang menguruskan rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven di China telah didenda kerana melabelkan Taiwan sebagai negara yang merdeka dalam laman webnya.

Pihak berkuasa China pada Jumaat mengesahkan perkara itu, lapor portal Japan Today.

Pihak berkuasa tempatan juga mengkritik syarikat itu kerana mempamerkan peta yang tidak memaparkan nama China bagi Pulau Senkaku yang kini ditadbir Jepun, sedangkan pemilikannya dipertikai oleh Beijing.

Beberapa pulau kecil di perairan Laut China Selatan yang tidak dilabel pada peta itu juga menjadi hal yang tidak disenangi pemerintah China.Oleh sebab itu, pemerintah di Beijing telah mengenakan denda sejumlah 150,000 Yuan (RM99,000) ke atas syarikat Seven & i.

China dan Taiwan telah ditadbir secara berasingan sejak terpisah pada tahun 1949 akibat perang saudara.

Kerajaan yang beracuan Komunis sejak itu menyifatkan Taiwan yang demokratik sebagai wilayah yang patut dikuasai semula untuk bersatu dengan Tanah Besar, secara paksa jika perlu.

Kepulauan Sekaku, di Laut China Timur, dipanggil Diaoyu di China. Taburan pulau berkenaan sering menjadi pertikaian antara China dan Jepun.

China sering menghantar kapal tentera rasmi ke perairan sekitar Senkaku dalam usaha memilikinya secara penuh. Semnatara, Amerika Syarikat dan Jepun telah bersetuju bahawa pulau-pulau itu berada di bawah perjanjian keselamatan bilateral.

Source
ASTRO AWANI
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close