MalaysiaSetempat

Sembilan kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir

Daripada sembilan kes penyakit berjangkit yang dikesan, lapan kes adalah jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sementara satu kes adalah penyakit kulit, kata Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR:
Sebanyak sembilan kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan dua jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak lapan kes sementara satu kes pula melibatkan penyakit kulit.Berkaitan situasi semasa bencana banjir, sehingga jam 3 petang 9 Januari 2022, KKM juga memaklumkan:

  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 55 PPS [Johor (46), Pahang (6), dan Melaka (3)],
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Tiga (3) (Pahang, Melaka, dan Johor),
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 3,949 orang,
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini),
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 469 kes (Tiga (3) kes baharu hari ini), dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS – 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri – semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir.

“Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor. Ssekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.

“Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit ysng sering dikaitkan dengan kejadian banjir,” katanya.

Source
ASTRO AWANI
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close