JenayahMalaysia

Pengarah urusan, jurutera ditahan bantu kes tuntutan palsu

JOHOR BAHRU: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat dan jurutera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM250,000 bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, malam tadi.

Kedua-dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 52 dan 41 itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 7 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, pada 2016 hingga 2020, kedua-dua suspek bersubahat dalam mengemukakan dan memperakukan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah Segamat bagi projek pembinaan jambatan sementara bernilai lebih RM4 juta, sedangkan kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi ini, bagi mendapatkan perintah permohonan reman,” katanya.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close