Sport

McTominay pastikan kemaraan Man Utd

MANCHESTER: Gol menerusi tandukan awal Scott McTominay memastikan Manchester United menewaskan Aston Villa 1-0 pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford sebentar tadi.

Ketika kejayaan itu memberikan kelegaan buat pengurus United, Ralf Rangnick, ia menampilkan persembahan yang membuktikan banyak kerja perlu dilakukannya jika United mahu mencabar sebarang kejuaraan.

Villa pastinya tertanya-tanya bagaimana mereka gagal membalas gol pembukaan McTominay pada minit kelapan walaupun menampilkan persembahan dominan selepas dua cubaan terkena tiang selain memaksa David De Gea menyelamatkan beberapa percubaan dan dua gol dibatalkan.

McTominay menyambut hantaran lencong Fred bagi memberikan tuan rumah permulaan baik tetapi selepas itu bergelut untuk mengekang asakan Villa yang bermain lebih baik.

Kemenangan itu memberikan juara 12 kali Piala FA, United pertemuan menentang pasukan divisyen dua, Middlesbrough. – REUTERS

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close