MalaysiaSetempat

Op Selamat 19: Tujuh kematian akibat kemalangan jalan raya di Johor sejak Rabu lalu

JOHOR BAHRU: Enam kemalangan maut membabitkan tujuh kematian direkodkan di Johor setakat hari ketiga Op Selamat 19 yang bermula sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata dalam tempoh itu juga 852 kes kemalangan dilaporkan dengan 438 daripadanya membabitkan jalan bandaran.

“Kereta adalah kenderaan yang paling tinggi menyumbang kepada statistik kemalangan dengan 589 kes diikuti dengan motosikal 107 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, 430 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditugaskan di 32 lokasi kemalangan (blackspot) dan 61 lokasi kesesakan (hotspot) di negeri itu sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya, tumpuan pemantauan turut diberikan kepada dua pintu masuk utama negara iaitu Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, yang dijangka berlaku pertambahan kenderaan masuk ke Malaysia. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close