Malaysiasukan

Aaron-Wooi Yik mara ke final, benam beregu nombor satu dunia

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencetuskan kebangkitan sensasi untuk mengesahkan kemaraan ke final Terbuka India, sebentar tadi.

Juara dunia itu yang turun menentang pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto terpaksa akur tewas set pertama 11-21 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Dewan Tertutup KD Jadhav di New Delhi.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik bangkit untuk memenangi set kedua 21-15 sebelum mengesahkan kemenangan 21-16 di set ketiga sekali gus melangkah ke final pertama mereka musim ini.

Kemenangan itu membolehkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkenaan menamatkan badi kekalahan mereka ke atas Fajar-Rian selepas tewas dua kali berturut-turut dalam dua pertemuan terakhir antara mereka ketika Terbuka Thailand dan Masters Malaysia tahun lalu.

Aaron-Wooi Yik akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dengan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang bagi perebutan gelaran juara di pentas final esok.

Minggu lalu, Aaron-Wooi Yik mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close