Malaysiasukan

Tze Yong akhirnya jejak kaki ke suku akhir

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melangkah ke pentas suku akhir pertamanya musim ini selepas mengatasi pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee di pusingan kedua Masters Thailand, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung Stadium Nimibutr di Bangkok itu, Tze Yong yang tampil sebagai pilihan kelapan tidak berdepan masalah untuk menundukkan Kwang Hee menerusi kemenangan 21-16, 21-10 sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawan berkenaan.

Pemain ranking ke-29 dunia itu sebelum ini turut menang ke atas Kwang Hee ketika saingan Terbuka Australia, November tahun lalu.

Dalam tiga kejohanan pertama tahun ini, Tze Yong tewas di pusingan awal – Terbuka Malaysia (pusingan kedua), Terbuka India (pusingan pertama) dan Masters Indonesia (pusingan kedua).

Anak didik jurulatih dari Indonesia, Hendrawan itu akan membuat perhitungan menentang pemain berpengalaman dari Hong Kong, Ng Ka Long bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.

Ka Long mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menundukkan pemain perseorangan profesional negara, Cheam June Wei 21-9, 12-21, 21-9.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi dua beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See apabila terkandas di pusingan kedua, hari ini.

Soon Huat-Shevon terpaksa akur tewas di tangan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 15-21, 10-21 manakala Peng Soon-Yee See ditunjukkan jalan keluar susulan kekalahan kepada gandingan Indonesia, Amri Syahnawi-Winny Oktavina Kandow 19-21, 15-21.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close