MalaysiaSetempat

Wira Op Daulat meninggal dunia malam ini

TELUK INTAN: Bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang terbabit dalam misi risikan ketika Op Daulat meninggal dunia malam ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi berkata, Allahyarham Senior Asisten Komisioner (B) Zulkiflli Abd Aziz, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, dekat sini pada jam 9.40 malam tadi.

Sementara itu, sumber yang juga ahli keluarga Allahyarham berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Sebatang, di sini pada tengah malam ini.

Zulkiflli memulakan perkhidmatannya di Cawangan Khas sehingga jawatan terakhirnya sebagai Ketua Staf Perisikan ESSCOM dan bersara wajib empat tahun lalu.

Beliau adalah watak penting ketika Op Daulat kerana menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyelinapan pengganas Sulu di Lahad Datu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berkat jasa beliau, polis berjaya mengesan dan menangkap pengganas Sulu dan ada antara mereka sudah dijatuhkan hukuman.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close