Malaysia

Vincent Tan sudah fail saman fitnah terhadap Sanusi 8 Ogos lalu

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land) telah memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada 8 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tindakan undang undang ini diambil akibat kegagalan Sanusi memenuhi tuntutan dalam Surat Tuntutan yang disampaikan pada 4 Ogos lalu iaitu permohonan maaf secara terbuka dan pampasan RM200 juta atas tuduhan fitnah dan tidak berasas terhadap Plaintif berkaitan projek Gerbang Maritim Selangor (“SMG”).

Vincent dan Berjaya Land  (plaintif) menyifatkan telah membuat kenyataan fitnah semasa kempen pilihan raya “Jelajah Mega PN Best” / “PN BEST Sayangi Kedah Sejahtera mega tour” pada 2 Ogos 2023 yang disiarkan secara langsung kepada umum .

Kenyataan itu juga diterbitkan semula di pelbagai saluran media sosial termasuk Youtube Astro Awani Video Langsung, Facebook Astro Awani Video Langsung, TV PAS Facebook Video Langsung dan KiniTV Youtube Video.Beliau mendakwa kenyataan fitnah Sanusi  telah menggambarkan mereka adalah antara orang/syarikat yang korup dan kroni Menteri Besar Selangor.

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close