MalaysiaPolitic

TIDAK RASMI: PN tubuh kerajaan negeri di Kedah

Calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kekal penguasaannya di DUN Jeneri. Foto MOHD ADZLAN, 12 OGOS 2023.

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Kedah apabila selepas memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri di sini malam ini.

Berdasarkan kedudukan semasa sehingga pukul 9.40 malam tadi, PN disahkan menang di 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.

Ia membabitkan DUN Ayer Hitam; Bukit Kayu Hitam; Jitra; Kuala Nerang; Pedu; Bukit Lada; Bukit Pinang; Alor Mengkudu; Pengkalan Kundor; Anak Bukit; Kubang Rotan; Tokai; Sungai Tiang; Sungai Limau; Guar Chempedak; Gurun; Belantek; Jeneri dan Tanjong Dawai.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yakin PN akan memenangi 33 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri kali ini.

Kedah memiliki 36 kerusi dengan kedudukan sebelum pembubaran DUN Kedah menyaksikan PN menduduki 20 kerusi (Pas-14, Bersatu-6); PH memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); BN memenangi dua kerusi (UMNO-2) dan Pejuang (2). – MalaysiaGazette

Source
Malaysian Gazzete
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close