MalaysiaPolitic

‘Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab, letak jawatan’ – Idris Jusoh

KUALA TERENGGANU: Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab berikutan prestasi buruk dialami Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dalam satu hantaran ringkas di laman sosial Facebook turut menggesa Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN meletak jawatan tertinggi yang disandangnya dalam parti itu.

“UMNO kalah teruk pada PRN semalam, UMNO kalah 100 peratus di Terengganu, (Ahmad) Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” tulisnya.

Keputusan PRN di enam negeri semalam menunjukkan prestasi terburuk BN apabila hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi.

BN hanya memenangi 13 kerusi di Negeri Sembilan, Selangor (empat) dan masing-masing satu kerusi di Pulau Pinang serta Kelantan manakala tiada kerusi dimenangi di Kedah dan Terengganu.

Di Terengganu, BN gagal mengekalkan 10 kerusi DUN dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk dua kerusi yang disandang bekas Menteri Besar Terengganu iaitu di DUN Kijal (Datuk Seri Dr Ahmad Said) dan Seberang Takir (Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman), sekali gus menyebabkan BN tumbang di negeri itu.

Pada PRN semalam, Perikatan Nasional (PN) Terengganu menang bergaya apabila menyapu bersih semua 32 kerusi DUN di negeri itu.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close