Sport

Helenius tumbang di tangan Joshua

LONDON: Robert Helenius terpaksa bernafas menggunakan topeng oksigen selepas tumbang ketika pertarungan heavyweight menentang Anthony Joshua.

Joshua berdepan Helenius selepas Dillian Whyte digugurkan kerana gagal ujian doping.

Tumbukan tangan kanan Joshua memberikannya knockout pertama sejak tahun 2020 dan juara heavyweight dunia sebanyak dua kali itu berpotensi berdepan Deontay Wilder di Arab Saudi tahun depan.

“Kami mempunyai tiga perancangan pertarungan. Sama ada anda sukakannya atau tidak, ia adalah Robert Helenius.

“Sepatutnya Dillian Whyte, Deontay Wilder dan kemudian Tyson Fury, itu adalah cita-cita pasukan.

“Josh sekarang ialah petinju heavyweight yang lebih matang. Saya percaya dia boleh menewaskan Deontay Wilder,” kata promoter tinju British, Eddie Hearn. – AGENSI

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close