MalaysiaPolitic

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah esok

ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah, esok.

Muhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit di sini, jam 10 pagi.

“Esok saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah di sini, malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim, dengan majoriti 16,050 undi.

Sebelum ini, beliau adalah Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close