Malaysia

Menara kawalan tak terima isyarat kecemasan pesawat sebelum terhempas – Polis

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan Pusat Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) tidak menerima sebarang makluman atau panggilan kecemasan daripada pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft menghadapi masalah sebelum terhempas di Elmina, Shah Alam petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat itu sepatutnya menerima kebenaran daripada Pusat Menara Kawalan Trafik Udara LTSAAS untuk mendarat namun dua minit sebelum itu pesawat terhempas.

“Tiada sebarang panggilan kecemasan bahawa pesawat menghadapi masalah teknikal yang diterima oleh menara kawalan lapangan terbang tersebut,” katanya dalam sidang media kepada pemberita di lokasi nahas hari ini.

Insiden yang telah mengorbankan 10 nyawa termasuk seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal di  jalan raya semasa kejadian 2.38 petang tadi.

“Buat masa ini kita belum boleh dapat mengenalpasti, mengesahkan identiti kesemua mangsa terkorban.

“Kita sudah ada manifest (senarai nama penumpang pesawat), tetapi perlu mengesahkan mereka yang ada dalam senarai itu berada dalam pesawat semasa kejadian nahas,” katanya. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close