Malaysia

20 lagi penyokong Kedah FC dan Penang FC direman

GEORGE TOWN – 20 lagi penyokong Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC direman hari ini bagi membantu siasatan bergaduh di sebuah stesen minyak selepas perlawanan akhir Liga Super pada Selasa lalu.

Kesemua lelaki berusia 18 hingga 38 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

Perintah reman sehingga 26 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di Mahkamah Majistret George Town kira-kira jam 9 pagi dalam keadaan tangan bergari.

phonto-37-1024x768
Kesemua mereka diberkas dalam serbuan berasingan sekitar Pulau Pinang.

Difahamkan, kesemua suspek itu ditangkap secara berasingan di sekitar negeri ini susulan daripada tangkapan pertama membabitkan tujuh lelaki di stesen minyak berkenaan semalam.

Media semalam melaporkan, tujuh lelaki termasuk dua dalam keadaan cedera di kepala ditahan polis susulan bergaduh di sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari Stadium Bandaraya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan lanjut mendapati pergaduhan itu berpunca daripada provokasi antara kedua-dua penyokong di luar stadium selepas tamat perlawanan bola sepak (Liga Super).

Selain tangkapan, polis turut merampas dua biji batu dan kon keselamatan serta sebatang kayu yang dipercayai diguna ketika kejadian. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close