
KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Kementerian Luar disaran supaya memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung tuntutan negara berkenaan di Laut China Selatan.
Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Alexander Lo Su Hyen berkata, wakil negara berkenaan wajar memberikan penjelasan terutama isu melibatkan kedaulatan negara.
“Gerakan menggesa kerajaan supaya bertindak lebih tegas dalam isu-isu kedaulatan Negara yang ditimbul oleh negara China baru-baru ini, iaitu “perairan dan EEZ (zon ekonomi eksklusif) Malaysia dirangkumi dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’,” katanya menerusi kenyataan.
Tambah Alexander, provokasi yang dibuat oleh China berkenaan perlu dihentikan kerana melibatkan kedaulatan negara ini.
“Gerakan memandang serius terhapad sebarang isu kedaulatan negara dan ingin menggesa Kerajaan PH BN untuk bertindak sedemikian untuk melindungi kedaulatan negara kita,” tambahnya.