MalaysiaPolitic

‘Pembebasan Najib lebih bernilai berbanding Zahid’ – KJ

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa nilai lebih besar kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi episod baharu podcast Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan hari ini, Khairy berkata pembebasan Najib sekurang-kurangnya memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang bebaskan Zahid, bebaskan saja Najib. Sekurang-kurangnya dia ada nilai tambah kepada BN-PH.

“Bandingkan ‘Bossku’ (Najib) dengan Zahid, (orang) yang akan bagi nilai tambah untuk kekang ‘gelombang hijau’ adalah Najib. Apa yang dia (Zahid) boleh buat? Dia tiada nilai tambah,” katanya.

Kelmarin, selepas 77 hari dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Zahid dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi selepas Pejabat Peguam Negara (AGC) membuat permohonan berkenaan kepada mahkamah.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya prosiding perbicaraan diberhentikan bagi semua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Khairy mendakwa kerajaan kini melakukan ‘kitchen-sink’ iaitu melakukan perkara buruk dan berharap keadaan akan pulih kemudian.

“Kitchen-sink semua benda dan bebaskan Najib kerana dia akan bawa lebih nilai kepada anda. Anda sudah kuburkan kemurnian Malaysia. Berikan pengampunan,” katanya dalam program itu.

Dalam pada itu, Khairy sempat memaklumkan kelmarin adalah ulang tahun ke-25 reformasi dan keputusan untuk membebaskan Zahid menjadikan perkara yang dilaungkan sebelum ini ‘dibatu nisankan’.

“Inilah harga yang perlu dibayar untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Saya pun rasa kesian kepada Anwar kerana Isnin (4 September) ialah ulang tahun ke-25 reformasi, tapi hari itu (reformasi) dibatu nisankan, jadi reformati.

“Banyak cabaran dilalui oleh beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan kalau kita tengok kepada pembentukan karektor, dia mesti mahu pengakhiran yang baik untuk beliau tapi dia kena ‘usung’ benda ini,” katanya.

Malah, Khairy turut mempersendakan agenda perjuangan kerajaan untuk meningkatkan tata kelola yang baik kini namun semuanya berubah dan menjadi ‘tata ke laut’.

Katanya, dia juga mungkin akan keluar selama-lamanya daripada arena politik.

“Ia sangat menyedihkan, saya rasa begitu sedih bahawa kita sudah sampai tahap ini. Mungkin perkiraan Perdana Menteri dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi orang pun dah lupa akan ada isu baharu, skandal, jadi dia fikir buat perkiraan, benda buruk lepaskan dulu,” katanya.

Jelas Khairy, dalam kes Zahid bukan mahkamah yang putuskan keputusan untuk menghentikan prosiding sebaliknya ia adalah kuasa mutlak Peguam Negara.

“Kes Zahid bukan mahkamah putuskan keputusan hentikan prosiding adalah kuasa mutlak Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril turut mempersoalkan kini siapa lagi mahu memperjuangkan reformasi institusi dan tiada siapa lagi yang hendak percaya mengenai tata kelola dan tadbir urus.

“Malaysia ke mana selepas ini?, soal Shahril.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close