Malaysia

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran babitkan dua rumah

GEORGE TOWN – Seorang lelaki berkelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Yeoh Hock Chuan, 63, ditemui di bahagian bawah katil di salah sebuah bilik di kediaman tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi.

dbe42108-1c10-41e9-8445-3acf9efd9faf-1024x576
Mohd Shakir.

Katanya, berdasarkan maklumat awal terdapat lelaki warga emas di dalam rumah berkenaan.

“Sebaik tiba, kita dapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah kampung kelas C dengan kemusnahan sehingga 90 peratus.

e47f3792-69ba-4713-9e58-92a250f1f3e0-1024x768
Pihak bomba masih melakukan kerja-kerja mengawal kebakaran di lokasi kejadian

“Api berjaya dikawal pasukan penyelamat pada jam 4.28 pagi sebelum kita menemui mangsa ditemui dalam keadaan rentung,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa menghidap strok bahagian kanan sekali gus menyebabkan dia gagal menyelamatkan diri.

”Buat masa ini, pihak bomba masih melakukan kawalan kebakaran dan penilaian menyeluruh di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close