Malaysia

Anwar sampaikan Kenyataan Negara di UNGA hari ini

NEW YORK: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, hari ini.

Perdana Menteri dijangka memulakan ucapan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada jam 9.45 pagi waktu tempatan (9.45 malam waktu Malaysia).

Sesi pagi prosiding hari ini akan dimulakan dengan ucapan oleh Presiden Republik Macedonia Utara, Presiden Stevo Pendarovski; diikuti Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu; Perdana Menteri Mauritius; Pravind Kumar Jugnauth; dan Anwar.

Perdana Menteri dijangka berkongsi usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia MADANI serta beberapa isu global.

Ini adalah kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri pada perhimpunan tahunan itu.

Tema perbahasan umum tahun ini ialah ‘Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Global: Mempercepatkan Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua’.

Selepas menyampaikan ucapan di UNGA, Anwar dijadual menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).

Pada sebelah malamnya, beliau akan menjadi hos majlis makan malam untuk kira-kira 1,000 diaspora Malaysia.

Ucapan Perdana Menteri di UNGA itu akan disiarkan secara langsung oleh BERNAMA TV (Astro 502), www.bernama.com dan platform media sosial BERNAMA. – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close