MalaysiaPolitic

Pengerusi AMANAH N Sembilan dipilih Speaker DUN

SEREMBAN: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman hari ini dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu, manakala pelantikan timbalannya ditangguhkan.

Nama MK Ibrahim dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun pada majlis angkat sumpah 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Persidangan Pertama (Khas) Penggal Ke-15 di Bangunan DUN Negeri Sembilan, di sini.

Persidangan Pertama DUN Ke-15 akan dilangsungkan selama empat hari bermula 9 Oktober depan.

Cadangan Menteri Besar itu disokong ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga EXCO Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.

Jawatan Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan sebelum ini disandang bekas Pengerusi AMANAH negeri, Datuk Zulkefli Mohamad Omar.

MK Ibrahim, 67, lulusan diploma kejuruteraan, juga memegang jawatan Ahli Majlis Dewan Bandaraya Seremban (MBS).

Pada 30 Ogos lalu, Aminuddin yang juga ADUN Sikamat memaklumkan bahawa kerusi Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan akan kekal dipegang wakil AMANAH bagi memastikan keseimbangan dalam kalangan parti membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Mohd Amin memaklumkan pelantikan Timbalan Speaker DUN ditangguhkan kerana kerajaan negeri belum memutuskan nama calon.

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close