MalaysiaSetempat

Pulau Pinang mahu projek RMK-12 dilaksana dalam belanjawan tahun depan

GEORGETOWN: Pulau Pinang berharap agar semua senarai projek kerajaan negeri dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dapat dilaksanakan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata terdapat beberapa projek pembangunan melibatkan negeri yang sudah diluluskan di bawah RMKe-12.

“Kita tidak ada permintaan atau keperluan khusus tapi kita harap semua projek tersebut boleh dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pembukaan Pejabat The GlobalFoundries Malaysia, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mendapat kelulusan 75 projek baharu di bawah RMKe-12 membabitkan peruntukan berjumlah RM54.14 juta.

Kelulusan 75 projek ini sebahagian daripada 126 projek yang dimohon oleh Kerajaan Pulau Pinang di bawah peruntukan Rolling Plan Ketiga RMKe-12.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga akan menyediakan skim dalam jumlah dana yang besar dan mencukupi kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek Transit Aliran Ringan (LRT). – BERNAMA

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close