Sport

City, United tersungkur, Wolves lebur rekod tanpa kalah City

WOLVERHAMPTON: Hwang Hee-chan meledak gol kemenangan bagi membantu Wolverhampton Wanderers meleburkan rekod tanpa kalah juara bertahan, Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris menerusi kemenangan 2-1, sebentar tadi.

Kekalahan di Molineux adalah yang kedua City dalam tempoh lima hari selepas Newcastle United menyingkirkan mereka daripada saingan Piala Liga dan menggagalkan pendahulu liga itu untuk melebarkan rekod kemenangan mereka kepada tujuh perlawanan berturut-turut.

Gol sendiri Ruben Dias membolehkan Wolves berada di depan pada minit ke-13 tetapi Julian Alvarez berjaya menyamakan kedudukan buat City selepas dia melakukan jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-58.

Pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias (kiri)  jaring gol sendiri ketika menentang Wolverhampton. - Foto Reuters
Pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias (kiri) jaring gol sendiri ketika menentang Wolverhampton. – Foto Reuters

Hwang muncul wira Wolves apabila meledak gol kemenangan pasukan itu selepas dia menyudahkan hantaran daripada Matheus Cunha pada minit ke-66.

Sementara itu, Manchester United turut mengalami nasib sama apabila diaibkan dengan kekalahan 0-1 di tangan Crystal Palace pada aksi yang berlangsung di Old Trafford.

Pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen rai gol tunggal ketika menentang Man United. - Foto Reuters
Pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen rai gol tunggal ketika menentang Man United. – Foto Reuters

Tonggak pertahan Crystal Palace, Joachim Andersen menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi memastikan tiga mata buat pasukan itu pada minit ke-25.

Lain-lain perlawanan menyaksikan penghuni tangga kedua liga, Arsenal berpesta gol apabila membelasah Bournemouth 4-0 manakala Newcastle menewaskan Burnley 2-0 dan West Ham United menundukkan Sheffield United 2-0. – AGENSI

Source
Berita Harian
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close