Malaysia

Tujuh kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 5 petang

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 5 petang ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), kadar IPU tertinggi dicatat di Bukit Rambai, Melaka iaitu 154, Bandaraya Melaka (151), Port Dickson, Negeri Sembilan (134), Tangkak, Johor (113), Alor Gajah, Melaka dan Cheras masing-masing 105 manakala Batu Pahat, Johor (103).

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.- BERNAMA

Source
Malaysia Gazette
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close