JenayahMalaysia

Rasuah wang, rumah :Empat suspek dilepas dengan jaminan

KUALA LUMPUR: Dua penjawat awam termasuk pengarah jabatan kerajaan, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah yang ditahan kerana disyaki terbabit memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Menurut sumber, empat suspek berusia antara 30 tahun hingga 50-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, pagi tadi bagi tujuan permohonan reman.

“Bagaimanapun, Majistret Puan Zubaidah Sharkawi menolak permohonan reman yang dikemukakan SPRM yang mana suspek pertama dan ketiga masing-masing berusia lingkungan 50-an dan 30-an, dilepaskan dengan jaminan RM150,000 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin.

“Suspek kedua berusia 40-an dan suspek keempat berusia 50-an dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, penahanan kesemua suspek dilakukan pada pukul 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.

Suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 hingga 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan dua projek membabitkan bekalan air yang berjumlah kira-kira RM44.4 juta.

Pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Source
Utusan Malaysia
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close