Arsenal tak mampu ‘makan’ Brighton

LONDON: Arsenal terlepas mata penting dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila terikat 1-1 dengan Brighton di Emirates pada aksi yang dibayangi kad merah kontroversi kepada Declan Rice.

Dengan pemain baharu, Raheem Sterling menyaksikan perlawanan daripada tempat duduk penyokong, Kai Havertz membuka jaringan dengan satu penyudah cantik di penghujung babak pertama.

Namun Arsenal hilang kelebihan apabila Rice dilayangkan kad kuning kedua pada babak kedua kerana pemain tengah itu menendang bola ketika pemain Brighton, Joel Veltman sedang bersedia untuk mengambil sepakan percuma.

Riccardo Calafiori dan Julio Enciso. - Foto AFP
Riccardo Calafiori dan Julio Enciso. – Foto AFP
Aksi Arsenal menentang Brighton di Emirates.- Foto AFP
Aksi Arsenal menentang Brighton di Emirates.- Foto AFP

‘The Seagulls’ kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Joao Pedro selepas percubaan awal Yankuba Minteh diselamatkan David Raya.

Kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk meraih kemenangan namun Havertz dan Bukayo Saka mensia-siakan kesempatan menerusi serangan balas pantas sementara Raya menafikan percubaan Yasin Ayari. -AGENSI

Yasin Ayari menendang bola semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal dan Brighton. - Foto AFP
Yasin Ayari menendang bola semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal dan Brighton. – Foto AFP