“Suspek Sempat Hadir Ke Majlis Tahlil” – 4 Pelajar Lelaki Bawah Umur R*gol Bergilir-Gilir & Bunuh Gadis 13 Tahun

Baru-baru ini, empat kanak-kanak di bawah umur telah dibawa ke balai polis selepas mengakui merogol seorang gadis berumur 13 tahun hingga mengakibatkan kematian.

Dirogol oleh empat budak lelaki bawah umur

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu berlaku selepas salah seorang suspek bernama IS, 16, yang juga merupakan teman lelaki mangsa mengajak mangsa untuk menonton pertunjukan kuda kepang.

Suspek kemudiannya membawa mangsa ke salah satu kawasan perkuburan Cina sebelum menekup mulut dan hidung mangsa dan rupa-rupanya, lagi tiga suspek telah menunggu di lokasi kejadian.

Ketagih tonton video dewasa

Lebih menyedihkan, ketika mangsa tidak menyedarkan diri, dia telah dirogol secara bergilir-gilir oleh keempat-empat suspek iaitu IS (16), MZ (13), NS (12), dan AS (12).

Keempat-empat suspek sempat menghadiri ke majlis tahlil di rumah mangsa sebelum mereka diberkas polis.

Sewaktu disiasat, suspek utama mengakui telah merancang perkara terkutuk itu susulan ketagih menonton video dewasa, bahkan pihak polis menemui kandungan video lucah dalam telefon suspek.

Source :