Pengunjung PBAKL boleh beli anak pokok balak

KUALA LUMPUR: Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) berpeluang melihat pelbagai spesies anak pokok balak yang dipamerkan Bilik Pristine Pahang.

Pameran berkenaan dibawa oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerusi projek ‘Buyback Guarantee’ yang diusahakan masyarakat Orang Asli Jakun di Tasik Chini, Pekan. Antara spesies anak pokok balak yang dipamerkan Merbau, Meranti Tembaga dan Keruing Kertas.

Pengunjung boleh berkunjung ke bilik Pristine Pahang untuk melihat lebih dekat dan membeli anak pokok balak yang semakin sukar ditemui pada harga RM35.

Pengarah JPNP, Zainuddin Jamaluddin berkata pihaknya mengadakan pameran anak pokok balak bagi tujuan pendidikan pada golongan pelajar selain penyelidik.