TEHRAN – Kumpulan penggodam Iran, Handala, mendakwa telah mengodam pangkalan data yang mengandungi semua lokasi tempat perlindungi awam dan persendirian di Israel.
Menerusi saluran Telegram, kumpulan tersebut membuat hantaran dalam bentuk ancaman dengan menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Sara, yang berada dalam tempat perlindungan.
“Senarai tempat perlindungan bom Israel telah didedahkan, bersembunyi bukan lagi satu pilihan,” katanya.
Handala merupakan penggodam Iran yang berjaya menggodam pangkalan data perisikan Israel, Mossad baru-baru ini.
Kumulan itu aktif sejak 2023 dengan menyasarkan infrastruktur kritikal dan agensi keselamatan Israel.
Hantaran tersebut turut mengancam Netanyahu dengan menyatakan: “Kepada Sara, dengan pendedahan lokasi tepat tempat perlindungan, keselamatan telah berubah. Sampaikan salam kepada Bibi (Netanyahu),”.
Sementara itu, akhbar Haaretz yang memetik sumber keselamatan melaporkan kebocoran data lokasi tempat perlidungan adalah amat serius kerana ia mendedahkan rangkaian keselamaan pusat yang mana barisan hadapan bergantung kepadanya jika terdapat serangan peluru berpandu dan serangan senjata bukan konvensional.
Pakar keselamatan siber percaya kebocoran maklumat tersebut memberi risiko yang tinggi kepada orang awam jika lokasi terbabit disasarkan pada serangan akan datang.
Penggodaman pangkalan data lokasi tempat perlindungan itu berlaku beberapa jam selepas kemudahan elektrik strategik di selatan Israel dihentam peluru berpandu Iran yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada beribu-ribu rumah di Ashdod. – MalaysiaGazette

