Tiada kenaikan tol tahun ini – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tiada kenaikan kadar tol tahun ini di sebalik perjanjian kenaikan dengan konsesi lebuh raya yang sepatutnya dilaksanakan.

Menurut Perdana Menteri, susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta bagi memastikan tiada kenaikan kadar tol tersebut melibatkan beberapa lebuh raya.

“Kalau ikut unjuran, kadar tol naik pada tahun ini mengikut perjanjian, tetapi itu perjanjian lama antara syarikat (konsesi) dengan pentadbiran kerajaan terdahulu, jangan dibebankan dengan kita (kerajaan hari ini).

“Tetapi kita setuju supaya kenaikan tidak dilaksanakan tahun ini,” katanya menerusi pengumuman khas Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia hari ini.

Difahamkan, sebanyak 10 lebuh raya dijadualkan untuk kenaikan kadar tol tahun ini seperti mana perjanjian sebelum ini.

Antara lebuh raya terlibat adalah n Lebuhraya Senai-Desaru (SDE); Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE); Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

Sumber Dari :- Malaysia Gazette