Tiga kad merah bukan petanda Chelsea ‘jahat’

LONDON: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menolak sebarang dakwaan bahawa pasukannya menghadapi masalah disiplin walaupun mengutip tiga kad merah dalam empat perlawanan terakhir termasuk dalam kemenangan 1-0 ke atas Benfica.

Chelsea meraikan perlawanan pertama Liga Juara-Juara di laman sendiri musim ini dengan kemenangan penting hasil gol sendiri Richard Ríos pada minit ke-18 yang cukup untuk menewaskan bekas pengurus mereka, Jose Mourinho yang kembali ke Stamford Bridge.

João Pedro dimasukkan pada minit ke-61 tetapi dilayangkan kad merah pada masa kecederaan selepas menerima kad kuning kedua kerana mengangkat kaki terlalu tinggi ke arah pemain Benfica, Leandro Barreiro.

Kad merah itu menyusuli insiden sebelumnya membabitkan Robert Sánchez ketika berdepan Manchester United, Trevoh Chalobah menentang Brighton dan Nicolas Jackson dengan dua kad merah ketika bertemu Newcastle dan Flamengo.

“Sekurang-kurangnya kami belajar menang walaupun dengan kad merah, itu yang pertama,” kata Maresca sambil bergurau.PlayNextMute

“Lagipun, tinggal dua tiga minit sahaja untuk tamat.”

Maresca turut membela pemain-pemainnya apabila berkata ‘saya suka melihat situasi satu lawan satu.’

“Kad merah [Nicolas Jackson] lawan Newcastle dan Flamengo adalah akibat tindakan tidak baik.

“Tetapi kad merah Sanchez bukan tindakan buruk kerana dia cuma mahu mempertahankan gol.

“Sama seperti Chalobah kerana dia cuba pertahankan gol. Pedro pula tidak menyentuh pemain lawan tetapi dari segi pergerakan, ia dilihat sebagai berbahaya.”

“Secara peribadi, saya tidak risau atau melihat ini sebagai isu besar. Bagi saya, tiada masalah disiplin di sebalik insiden-insiden ini.” -AGENSI