,

Pelajar perempuan maut ditikam murid lelaki tingkatan 2

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah di Bandar Utama, di Petaling Jaya meninggal dunia selepas ditikam oleh seorang murid lelaki tingkatan 2.

Tragedi itu dikatakan berlaku awal pagi tadi.

Menurut maklumat awal, mangsa dikatakan diserang dengan senjata tajam secara tiba-tiba oleh pelajar lelaki terbabit.

MalaysiaGazette dimaklumkan beberapa pelajar juga cedera dalam kejadian tersebut.

Ketika berita ini ditulis, pasukan polis masih berada di sekolah untuk melakukan siasatan.

Setakat ini, belum jelas motif sebenar serangan, namun polis telah mengambil tindakan pantas dengan menahan suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak sekolah dilaporkan sedang memberi kerjasama penuh kepada polis.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan semua bukti akan dikaji dengan teliti, termasuk kemungkinan ada saksi atau rakaman petunjuk kejadian.

Proses bedah siasat terhadap mayat mangsa juga akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian. – MalaysiaGazette