Robot humanoid tarik perhatian pengunjung Pameran Elektrik Pengguna di Las Vegas

LAS VEGAS: Robot humanoid menarik perhatian pengunjung pada hari pertama Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, Nevada dengan pelbagai demonstrasi inovatif yang menunjukkan kemampuan robot masa hadapan.

Antara kemahiran dipamerkan termasuk robot yang boleh menari, mengambil barangan di kedai, menyusun rak serta membantu dalam penjagaan kesihatan.

“Saya rasa ini hebat. Saya ingin memilikinya di rumah untuk mengemas dan menyiapkan katil,” kata pengunjung CES, Megan Wendling.

Kemajuan teknologi robot menimbulkan perbincangan mengenai peranannya dalam kehidupan seharian dan pasaran pekerjaan.

“Ini akan memberi manfaat besar kepada dunia, tetapi mungkin mencetuskan sedikit kehilangan pekerjaan pada awalnya.

“Pada masa sama, ia akan membuka banyak peluang pekerjaan secara global,” kata pengunjung lain, Sarthak Tiwary.

CES menjadi platform utama bagi syarikat teknologi memperkenalkan robotik humanoid yang semakin canggih dan berpotensi mengubah cara manusia bekerja dan berinteraksi dengan peranti di masa depan. – REUTERS