Perodua Aruz rempuh tembok tol, lelaki Pakistan maut, rakan parah

BUTTERWORTH: Seorang lelaki warga Pakistan maut manakala rakan senegaranya parah akibat tersepit selepas Perodua Aruz mereka naiki merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.43 malam.

“Insiden membabitkan dua mangsa warga Pakistan yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz yang terbabas lalu merempuh tembok plaza tol berkenaan.

“Mangsa pertama (duduk di bahagian penumpang) dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Mangsa kedua (pemandu) dikeluarkan jam 11.15 malam oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas namun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala rakannya yang parah dikenali Zafar Iqbal berusia 42 tahun.

Seorang lelaki warga Pakistan maut manakala rakan senegaranya cedera parah akibat tersepit selepas Perodua Aruz mereka naiki merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, malam tadi.  - Foto Bomba
Seorang lelaki warga Pakistan maut manakala rakan senegaranya cedera parah akibat tersepit selepas Perodua Aruz mereka naiki merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini, malam tadi. – Foto Bomba