KUALA LUMPUR: Beberapa negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata ia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan beberapa kawasan di Sabah (Sandakan dan Kudat) serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir apabila intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh
tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi aplikasi myCuaca, portal www.met.gov.my atau media sosial rasmi METMalaysia seperti Facebook bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
SUMBER : BERITA HARIAN
Baik, baik ada makna tu..

