[VIDEO] Lima sekeluarga ditemukan rentung di Raub

KUANTAN: Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong, Raub awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, berdasarkan laporan, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.44 pagi.

Katanya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 4.15 pagi iaitu 32 kilometer dari balai berkenaan.

@buletintv3

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengesahkan letupan di Divisyen Polis Pengawal Sempadan 21 di wilayah Surin bukan disebabkan sabotaj, sebaliknya berpunca daripada kerosakan teknikal dan tidak ada kaitan dengan situasi semasa di sempadan Kemboja. #BuletinTV3 #Thailand #Letupan #StorSenjata #Kemboja

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Setibanya di lokasi kejadian, berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 40×30 kaki persegi. Berdasarkan laporan, lima individu rentung dalam kebakaran itu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Raub bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hos 200 kaki berserta dua pancutan sumber air tangki pam jentera bomba.

“Kemusnahan struktur adalah 100 peratus dan turut terbakar enam kenderaan, masing-masing tiga kereta dan tiga motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat bantuan BBP Lipis membabitkan lima anggota.

Katanya, operasi terkawal pada jam 4.48 pagi dan punca kebakaran dalam siasatan.

Difahamkan, identiti lima mangsa rentung akan dimaklumkan pada sidang media jam 10.30 pagi ini.

SUMBER : TV3