KUALA LUMPUR: Malaysia masih mempunyai wakil dalam saingan beregu Terbuka Switzerland 2026 selepas tiga pasangan negara berjaya melepasi halangan pusingan pertama di Basel.
Dalam acara beregu campuran, gandingan Jimmy Wong-Lai Pei Jing menempah tempat ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Rasmus Espersen-Amalie Cecilie Kudsk 21-18, 22-20.
Pasangan negara itu dijadual berdepan pilihan ketiga dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu yang mengungguli rekod pertemuan 1-0.
Dalam acara beregu lelaki, gandingan Aaron Tai-Kang Kai Xing pula akan menentang pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnado-Bagas Maulana pada pusingan seterusnya.
Satu lagi wakil negara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong akan bertemu pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul dengan rekod pertemuan memihak kepada mereka 2-1.

