Pentagon dedah imej dari bulan tunjuk ‘fenomen tidak dikenal pasti’

WASHINGTON: Kumpulan pertama fail Objek Asing Tidak Dikenali (UFO) dikeluarkan oleh Jabatan Perang Amerika Syarikat (AS).

Antara lain, ia mengandungi gambar dari permukaan Bulan yang diambil semasa misi Apollo 12 dan didakwa memaparkan ‘fenomena tidak dikenal pasti’, menurut dokumen yang dilihat Sputnik/RIA Novosti pada Jumaat.

Terdahulu pada hari sama, Pentagon mengumumkan pelepasan awal fail yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan fenomena pelik tidak dikenal pasti.

Dokumen itu merangkumi beberapa gambar yang diambil dari permukaan Bulan semasa misi Apollo 12.

Imej berkenaan menunjukkan objek kecil seperti titik. Pihak berkuasa bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci apakah objek yang dirakam itu, sebaliknya hanya merujuknya sebagai ‘fenomena tidak dikenal pasti’.